
Tajuk Kata Ganti Nama mendedahkan keperluan murid Tahun Satu untuk memahami dua aspek penting dalam kata ganti nama iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk. Objektif pengajaran kata ganti nama kepada murid Tahun Satu bertujuan supaya murid dapat mengenal pasti penggunaan kata ganti nama diri mengikut kepelbagaian konteks yang disediakan. Murid juga didedahkan dengan jenis kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama tunjuk umum dan tempat.