
Pemergian Pemikir Besar dan Pendakwah Tersohor, Ustaz Muhammad Ahmad ar-Rasyid.
Firman Allah swt:
"Di antara orang-orang mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)"
(Al-Ahzab: 23)
Pada 27 Ogos 2024 (Selasa) lepas, telah perginya seorang permata dan rijal dakwah yang tsabat, seorang mufakkir dan mujahid Islam yang berasal dari Iraq, Syeikh Muhammad Ahmad Ar Rasyid atau juga dikenali dengan panggilan Syeikh Muntalaq.
Podcast ini dibuat sebagai suatu usaha untuk menceritakan kisah inspirasi tentang syeikh, teladan daripada beliau dan antara gagasan pemikiran beliau yang boleh kita ambil, fahami, warisi dan perjuangkan bersama.
Moga moga semua itu akan menjadi pahala yang tidak putus untuk syeikh.
Al-fatihah