
Ketua Pemuda BERSATU yang juga Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, meluangkan masa bersama Trick Lama bagi berkongsi pandangannya mengenai isu-isu semasa yang ‘panas’ termasuk digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, isu pengambilalihan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Digital Nasional Berhad (DNB), dan bagaimana Perikatan Nasional (PN) cuba mendekati pengundi atas pagar serta bukan Melayu dengan melakukan perubahan di dalam parti-parti gabungan PN bagi mencapai hasrat menawan Putrajaya pada PRU-16 nanti.