Surah al-Shams menampilkan sumpah Allah terhadap matahari, bulan, siang, malam dan jiwa manusia yang Allah berikan pilihan kepada mereka. Beberapa perkara yang penting untuk kita lihat agar tidak menjadi seperti Kaum Thamud yang berusaha untuk ingkar kepada arahan Allah dan Rasul. Semua itu, dibentangkan dalam surah yang hebat ini.
"Sebenarnya kita tidak boleh memahami al-Quran, ini hanya boleh difahami oleh orang yang tinggi ilmu"
"Sebenarnya kita boleh faham al-Quran, mudah sahaja, tak perlu ikut tafsir semua"
Sebenarnya bagaimana kaedah untuk memahami al-Quran? Sama-sama kita telusuri.
Kejadian malam dan siang adalah sebuah muhasabah yang sangat besar buat kita. Kerana ia tanda rahmat Allah dan nikmat yang perlu kita renungi. Semua itu untuk kebaikan kita. Sama-sama kita telusuri dalam surah al-Lail.
Apakah makna al-Quran sebagai penawar? Penawar al-Quran meliputi dari sudut zahir dan batin. Juga al-Quran bertindak sebagai pemberi peringatan. Maka sama-sama kita telusuri.
Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
Kejadian malam dan siang adalah sebuah muhasabah yang sangat besar buat kita. Kerana ia tanda rahmat Allah dan nikmat yang perlu kita renungi. Semua itu untuk kebaikan kita. Sama-sama kita telusuri dalam surah al-Lail.
Bagaimanakah al-Quran itu boleh membezakan antara haq dan batil? Al-Quran penuh dengan keterangan yang membawa kepada hidayah. Suatu masa terdetik kepada keadaan jiwa kita yang memerlukan bimbingan. Maka sama-sama kita telusuri.
Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
Surah yang sangat menenangkan, di saat Nabi ﷺ ditohmah atau diejek oleh kuffar, kononnya Nabi ﷺ telah diabaikan, datanglah surah yang sangat hebat ini menafikan Allah meninggalkan Baginda!
Surah yang sering kita dengarkan, sarat dengan ayat ketenangan. "Sesungguhnya bersama dengan kesukaran itu kesenangan", ayat yang penuh dengan rahsia ketenangan dan keamanan jiwa.
Allah menciptakan kita, sebaik-baik kejadian. Tetapi apakah ertinya? Apakah pula hikmah bagi sumpah Allah terhadap buah tin dan zaitun? Sama-sama kita hayati dalam tadabbur surah al-Tin.
Pada sesi kali ini, kita akan mendalami lagi sambungan surah al-'Alaq dengan menampilkan siapakah yang dimaksudkan sebagai "orang yang menghalang solat".
Bagaimanakah al-Quran itu boleh menerangi hidup kita? Bagaimana pula al-Quran boleh menjadi petunjuk jalan buat kita? Ini semua dibahaskan oleh para ulama'. Sama-sama kita telusuri peranan al-Quran dalam membangkitkan semangat kita sebagai seorang Muslim.
Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
Pasti kita pernah mendengar tentang kisah wahyu pertama kepada Rasulullah ﷺ bukan? Surah ini menyingkap peristiwa itu dan bagaimanakah ibrah yang boleh kita ambil darinya.
Bagaimanakah al-Quran itu boleh menghidupkan jiwa kita? Kerana al-Quran itu umpama semangat yang kukuh buat jiwa orang beriman. Sama-sama kita telusuri peranan al-Quran dalam membangkitkan semangat kita sebagai seorang Muslim.
Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
Apakah maksud "al-Qadr"? Mengapakah ia digelarkan sebagai malam yang lebih baik dari 1000 bulan? Sama-sama kita telusuri dalam tadabbur surah al-Qadr.
Terkadang kita tidak berminat dengan al-Quran kerana kita tidak mengenali al-Quran dengan cara atau jalan yang betul, melihatkan ia tidak ada sisi yang mengena dengan kita. Maka, kita perlu mengembara mendalami makna al-Quran, bermula dengan namanya.
Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita di: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
Orang-orang kafir dan musyrik sentiasa begitu, berolok-olok dengan diri sendiri, kononnya ingin menunggu keterangan dahulu barulah beriman. Tetapi apabila sudah nyata keterangan, tidak juga beriman. Semua itu disingkap dalam surah al-Bayyinah.
Apakah maksud goncangan? Mengapakah peristiwa ini sangat penting dan besar kepada kita semua? Sama-sama kita hayati dalam surah al-Zalzalah.
Mengapakah surah ini menampilkan "kuda perang" sebagai sumpah daripada Allah? Adakah boleh untuk kita mengumpulkan harta, mencari rezeki? Atau ada bentuk yang dibenarkan? Ayuh sama-sama untuk kita tadabbur surah ini.
Apabila semua amalan yang dilakukan di dunia mula ditimbang dan dihisab, maka inilah yang perlu kita hayati. Sama-sama kita mentadabbur surah al-Qari'ah.
Adakah salah jika kita ingin memperbanyakkan harta dan anak pinak? Siapakah orang yang dilalaikan? Semua ini dibincangkan dalam tadabbur surah al-Takathur.