
๐๏ธ Kelestarian Pendidikan, Globalisasi & Inovasi di Festival of Ideas Putrajaya 2025
Episod kali ini menampilkan pelbagai wajah dan cerita menarik daripada Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025 โ platform terbesar Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mempamerkan ekosistem pendidikan tinggi Malaysia yang progresif dan inklusif.
Bersama Puan Mastura Mohd Khalid (PTPTN), Encik Novie Tajudin (EMGS), Dr. Aida (UKM) dan Ts. Dr. Azmi Harun (EUROC), episod ini membawa anda menelusuri perjalanan pendidikan tinggi negara dari pelbagai sudut:
PTPTN: usaha memastikan akses pendidikan tinggi kekal mampan melalui pinjaman, simpan SSPN & kempen Lestari Pendidikan.
EMGS: menjadikan Malaysia hab pendidikan serantau dengan servis visa terpantas dan portal biasiswa global ASEAN.
UKM: inisiatif kesihatan mental, kesedaran kesuburan & kesihatan lelaki untuk warga kampus.
EUROC: pertandingan robotik yang menyerlahkan inovasi pelajar IPTA, IPTS & politeknik.
๐ง Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast KPT.
๐ฒ Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.