🎙️ Pendidikan, Pekerjaan & Inovasi – Sinergi di Festival of Ideas Putrajaya 2025
Episod kali ini menghimpunkan pelbagai pihak penting dalam ekosistem pendidikan tinggi Malaysia — daripada agensi kerajaan hingga dunia industri dan universiti — yang berkongsi peranan masing-masing menjayakan Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025.
Bersama tetamu jemputan Encik Wazid bin Zaidun (PERKESO), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran (MQA), Dr. Asniza Saidiaini (TalentCorp) dan Dr. Muhammad Zulkarnain Abdul Rahim (USIM), episod ini membawakan pelbagai perspektif menarik:
PERKESO: peluang kerjaya melalui Madani Premium Career Fair dengan 3,700 tawaran kerja & perlindungan sosial untuk semua, termasuk gig workers & suri rumah.
MQA: memastikan kualiti pendidikan tinggi & laluan fleksibel melalui program APEL dan Micro-Credential, menuju sasaran 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2030.
TalentCorp: membantu graduan bersedia ke alam pekerjaan dengan latihan, konsultasi kerjaya dan peluang gaji premium sehingga RM4,000 ke atas.
USIM & UM: mengetengahkan inovasi sains kesihatan tempatan, dari prostetik hingga bahan bioperubatan hasil penyelidikan universiti Malaysia.
🎧 Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast KPT.
📲 Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
🎙️ Kelestarian Pendidikan, Globalisasi & Inovasi di Festival of Ideas Putrajaya 2025
Episod kali ini menampilkan pelbagai wajah dan cerita menarik daripada Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025 — platform terbesar Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mempamerkan ekosistem pendidikan tinggi Malaysia yang progresif dan inklusif.
Bersama Puan Mastura Mohd Khalid (PTPTN), Encik Novie Tajudin (EMGS), Dr. Aida (UKM) dan Ts. Dr. Azmi Harun (EUROC), episod ini membawa anda menelusuri perjalanan pendidikan tinggi negara dari pelbagai sudut:
PTPTN: usaha memastikan akses pendidikan tinggi kekal mampan melalui pinjaman, simpan SSPN & kempen Lestari Pendidikan.
EMGS: menjadikan Malaysia hab pendidikan serantau dengan servis visa terpantas dan portal biasiswa global ASEAN.
UKM: inisiatif kesihatan mental, kesedaran kesuburan & kesihatan lelaki untuk warga kampus.
EUROC: pertandingan robotik yang menyerlahkan inovasi pelajar IPTA, IPTS & politeknik.
🎧 Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast KPT.
📲 Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
🎙️ My Ideas Connect – Melakar Masa Depan, Merealisasikan Idea
Dalam episod khas sempena Festival of Ideas Putrajaya 2025, kami membawakan perkongsian menarik bersama Cik Najib (UPU) dan Dr. Yam Chomai (JPPKK) tentang bagaimana FOI menjadi platform menyatukan idea, inovasi, industri dan komuniti.
Dari My Ideas Connect hingga Career Carnival, pelbagai inisiatif diketengahkan untuk membuka peluang — bukan sahaja kepada pelajar, malah seluruh masyarakat. Ketahui bagaimana lebih 169 produk inovasi, 2,000 peluang kerjaya bergaji premium, dan pelbagai pameran teknologi serta warisan dipamerkan di PICC Putrajaya selama 5 hari penuh inspirasi.
✨ Topik utama episod ini:
My Ideas Connect: platform idea, inovasi & kolaborasi
Sinergi IPT, industri & komuniti
Peluang kerjaya melalui TalentCorp & PERKESO
Teknologi Watan & Inovasi Catur Pendidikan (Chess in Education)
🎧 Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast KPT.
📲 Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
🎙️ Festival of Ideas Putrajaya 2025 – Merakyatkan Ilmu, Menyemarakkan Inovasi
Episod khas Podcast KPT ini membawa anda ke jantung Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025, sebuah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi untuk merakyatkan idea dan inovasi hasil penyelidikan universiti tempatan.
Dalam episod ini, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anis Ibrahim, dan Datuk Dr. Haji Megat Sani, Timbalan KSU (Dasar), berkongsi peranan FOI sebagai platform mempertemukan IPT, industri, komuniti dan pelajar, membina ekosistem pendidikan tinggi yang dinamik serta memperkukuh pengantarabangsaan pendidikan Malaysia.
Turut diketengahkan – pameran ketamadunan Melayu, inovasi sarjana Muslim, dan teknologi immersif yang menggabungkan warisan dengan sains moden.
✨ Topik utama:
Sinergi IPT, industri & komuniti
Pengantarabangsaan pendidikan tinggi
Inovasi & penyelidikan universiti
Warisan, teknologi dan budaya ilmu
📲 Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
Festival of Ideas menghimpunkan idea, inovasi dan kreativiti rakyat dalam suasana santai yang meraikan ilmu dan bakat tempatan. Apa yang menjadikan Festival of Ideas tahun ini berbeza dan wajib dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat?
Jom sama-sama kita dengarkan perkongsian mengenai Festival of Ideas Putrajaya 2025 oleh:
YBhg. Dato’ Dr. Mohd Shahril bin Abdullah (Pendaftar UTM selaku Ketua Penyelaras Festival Ideas Putrajaya 2025)
Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)
Jom dengarkan perkongsian menarik dalam podcast KPT mengenai pengantarabangsaan pendidikan tinggi ✨
#PodcastKPT #KementerianPendidikanMalaysia #KPT #Mohe
Bagaimana setiap bayaran balik PTPTN hari ini mampu menjamin masa depan pendidikan generasi akan datang? Mengapa tindakan tegas terhadap pembuli siber penting untuk wujudkan dunia digital yang lebih selamat? Bagaimana TVET boleh jadi laluan masa depan bagi melahirkan generasi berkemahiran tinggi?
Jom sama-sama kita dengarkan perkongsian oleh pakar dalam 3 segmen yang akan dikupas iaitu:
Segmen Landskap KPT:
YBrs. Encik Ahmad Dasuki (Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN))
Segmen Perkongsian Pakar:
Prof. Dr. Nazura Abdul Manap (Professor Undang-Undang Teknologi Maklumat, Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM))
Segmen Kisah Kejayaan:
Encik Syamsul Amry Ikhyar (Pengarah Utusan Crescent Gear Solution Sdn. Bhd)
Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)
Jom dengarkan perkongsian menarik dalam podcast KPT mengenai pengantarabangsaan pendidikan tinggi ✨
Bagaimana APEL membuka lebih banyak peluang dan keyakinan majikan terhadap calon berpengalaman? Kenapa bidang kritikal seperti forensik perlu jadi tumpuan dan pilihan generasi muda masa kini? Apa peranan pengiktirafan antarabangsa dalam melonjakkan pendidikan tinggi negara?
Jom sama-sama kita dengarkan perkongsian oleh pakar dalam 3 segmen yang akan dikupas iaitu:
Segmen Landskap KPT:
YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran (Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Qualifications Agency (MQA))
Segmen Perkongsian Pakar:
Dr. Nadiawati Dato’ Abdul Razak (Pensyarah Kanan Perubatan dan Pakar Forensik Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM))
Segmen Kisah Kejayaan:
Prof. Dr. Bany Ariffin Amin Noordin (Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SBE) Universiti Putra Malaysia )
Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)
Jom dengarkan perkongsian menarik dalam podcast KPT mengenai pengantarabangsaan pendidikan tinggi ✨
#PodcastKPT #KementerianPendidikanMalaysia #KPT #MOHE
Apa langkah terbaik untuk pastikan graduan benar-benar industry-ready? Bagaimana pelajar dapat menggunakan AI dengan beretika dan tepat? Bagaimana pelajar tahfiz boleh diberi lebih banyak peluang dalam pelbagai sektor?
Jom sama-sama kita dengarkan perkongsian oleh pakar dalam 3 segmen yang akan dikupas iaitu:
Segmen Landskap KPT:
Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail (Ketua Pengarah Politeknik & Kolej Komuniti Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Segmen Perkongsian Pakar:
Prof. Madya Dr. Nurbiha binti A. Shukor (Pengarah Pusat Pembelajaran Digital dan Fleksibel Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Segmen Kisah Kejayaan:
Encik Muhammad Luqman bin Roslin (Penyelaras Program Pensijilan Tahfiz Darul Quran JAKIM Politeknik Shah Alam)
Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)
Jom dengarkan perkongsian menarik dalam podcast KPT mengenai pengantarabangsaan pendidikan tinggi ✨
#PodcastKPT #KementerianPendidikanMalaysia #KPT #Mohe
Bagaimana alumni boleh menyumbang semula untuk bantu pelajar?Adakah polisi sedia ada cukup untuk lindungi biodiversiti negara? Mampukah pelajar seimbangkan komitmen pertandingan dengan akademik?
🔥 Jom sama-sama kita dengarkan perkongsian oleh pakar dalam 3 segmen yang akan dikupas iaitu:
Segmen Landskap KPT:
Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian (Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi)
Segmen Perkongsian Pakar:
Prof. Ts. Dr. Mohd Azlan Jayasilan bin Abdul Gulam Azhad (Pengarah Institut Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS))
Segmen Kisah Kejayaan:
Puan Khairul Ashikin binti Abdullah Suhaimi (Pensyarah Utama, Program Kulinari Kolej Komuniti Chenderoh)
Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)
Jom dengarkan perkongsian menarik dalam podcast KPT mengenai pengantarabangsaan pendidikan tinggi ✨
#PodcastKPT #KementerianPendidikanMalaysia #KPT #MOHE
🎙️ Podcast KPT Episod 3: Agenda Transformasi Pendidikan Tinggi – Patriotisme, Penyelidikan dan Inovasi Lautan
Dalam episod kali ini, kami membincangkan:
Pencapaian universiti penyelidikan Malaysia di peringkat global 🌍
Wawancara eksklusif bersama Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anis Ibrahim mengenai 10 Agenda Transformasi KPT
Kupasan sejarah penjajahan dan semangat patriotisme bersama Prof. Madya Dr. Muhammad Suhaimi Esa (UMS) 🇲🇾
Kejayaan saintis Malaysia menyertai OceanX Mission 2024, misi eksplorasi oceanografi tercanggih dunia 🌊
Ikuti perbincangan penuh inspirasi ini dan fahami bagaimana pendidikan tinggi memainkan peranan penting dalam membina masa depan negara.
🎙️ Podcast KPT Episod 2
Dalam episod kali ini, kami kupas isu penting dalam pendidikan tinggi negara:
Ikuti perkongsian bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, pakar akademia, dan tokoh universiti yang membuka minda tentang masa depan pendidikan tinggi Malaysia.
Bersama tetamu jemputan, Prof. Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Episod kali ini mengupas pengantarabangsaan pendidikan tinggi iaitu bagaimana Malaysia melangkah ke pentas global dengan ilmu, inovasi dan bakat mahasiswa.
Dengarkan perbincangan menarik tentang peluang, cabaran dan masa depan pendidikan tinggi yang merentasi sempadan negara.
Ikuti podcast KPT & hayati visi #MalaysiaMadani dalam mendidik generasi mendunia.
Tekan play, isi masa anda dengan ilmu dan cerita bermanfaat bersama Podcast KPT.
#PodcastKPT
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#MalaysiaMADANI
Tetamu istimewa bersama YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
Tajuk: Kementerian Pendidikan Tinggi Terajui Pemikir Negara
Jom dengar pandangan inspirasi dari dunia pendidikan tinggi yang akan membuka mata & hati anda.
Daripada isu semasa, peluang masa depan hinggalah kisah kejayaan anak bangsa. Semua di satu platform.
Tekan play, isi masa anda dengan ilmu dan cerita bermanfaat bersama Podcast KPT.
#KPT #PodcastKPT #RancakkanMADANI #MADANIbekerja #MalaysiaMADANI