Home
Categories
EXPLORE
True Crime
Comedy
Society & Culture
Business
History
TV & Film
Technology
About Us
Contact Us
Copyright
© 2024 PodJoint
00:00 / 00:00
Sign in

or

Don't have an account?
Sign up
Forgot password
https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts221/v4/7b/e8/42/7be842da-63ee-7048-015e-ac89612aaaab/mza_17699391771838519429.jpg/600x600bb.jpg
BORAK KAYPOH S3!
Kaypoh
101 episodes
3 weeks ago
Podcast yang berkonsep lepak dan santai membincangkan topik serta isu semasa dan yang viral bersama tetamu jemputan yang berbeza setiap episod.
Show more...
Personal Journals
Society & Culture
RSS
All content for BORAK KAYPOH S3! is the property of Kaypoh and is served directly from their servers with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
Podcast yang berkonsep lepak dan santai membincangkan topik serta isu semasa dan yang viral bersama tetamu jemputan yang berbeza setiap episod.
Show more...
Personal Journals
Society & Culture
Episodes (20/101)
BORAK KAYPOH S3!
Recap 2025 dan Jumpa Lagi! S3/EP 52

Episod istimewa sempena mencapai 100 episod sepanjang 3 musim penuh gelak, gosip dan sembang kaypoh! Dalam episod mega kali ini, kami throwback perjalanan Borak Kaypoh dari musim pertama hingga musim ketiga. 

Kami juga recap apa yang berlaku sepanjang tahun 2025—trend pelik, isu viral, cerita panas, dan apa yang mengubah hidup kami tahun ni.

Dan of course, kami sembang pasal apa yang kami nak capai pada 2026: cita-cita baru, projek gila-gila, upgrade untuk podcast, dan harapan untuk community Borak Kaypoh yang makin membesar.

Kalau korang dah follow dari awal atau baru join keluarga kaypoh, episod ni wajib dengar. Terima kasih sebab jadi sebahagian daripada perjalanan 100 episod kami! 

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #podcast #recap #2025 

Show more...
2 weeks ago
1 hour 19 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Soalan Dari Chatgpt! S3/EP 51

Dalam episod kali ini, Borak Kaypoh kembali dengan gaya santai dan penuh gelak tawa! Kami menjawab pelbagai soalan rawak – daripada yang kelakar, pelik, mind-blowing hinggalah yang buat kami sendiri terpinga-pinga. Dengan bantuan ChatGPT, perbualan jadi lebih spontan, lebih kaypoh, dan penuh kejutan.

Sertai kami menyembang tanpa skrip sambil meneroka idea pelik, fakta menarik, dan perspektif yang tak dijangka. Kalau anda suka content yang ringan tapi menghiburkan, episod ini memang untuk anda!

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #podcast #random #chatgpt 

Show more...
3 weeks ago
1 hour 15 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Perangai Lelaki Yang Perempuan Tak Suka S3/EP 50

Dalam episod ini, Adan menjadi “wakil lelaki” dan terpaksa berhadapan dengan tiga perempuan yang lantang menyuarakan perangai-perangai lelaki yang paling mereka tak suka. Suasana jadi kecoh bila setiap seorang mula membongkar tabiat seperti ghosting, tak konsisten, ego tinggi, dan tak reti berkomunikasi.

Akhirnya, episod ini lebih kepada sharing fun tentang salah faham antara lelaki dan perempuan.

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #podcast #relationship

Show more...
1 month ago
1 hour 5 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Kisah Seorang Stuntman Yang Naik Jadi Hero. S3/EP 49

Dalam episod terbaru Borak Kaypoh ini, kita menyelami perbualan santai tetapi penuh isi bersama otai industri, Razib Salimin, dan pengarah berbakat, Azlan Norani. Mereka berkongsi kisah di sebalik pembikinan filem terbaharu mereka, Penghukum, daripada detik awal ilham tercetus, ke cabaran yang mereka hadapi di set, hinggalah momen spontan yang mencuit hati serta yang menguji kesabaran.

Sembang kali ini membawa pendengar menelusuri proses kreatif dua figura yang begitu komited menghasilkan sebuah naskhah aksi yang segar, mendalam dan sarat emosi. 

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #filemmalaysia #podcast #penghukum 

Show more...
1 month ago
1 hour 24 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Kenal Terus Suka dan Siapa Make Move Dulu? S3/EP48

Dalam episod kali ini, Borak Kaypoh mengupas topik panas tentang kenapa generasi Z nampak semakin tak romantik dalam bercinta. Zaman dulu, cinta disampaikan melalui surat wangi dan panggilan telefon tengah malam sekarang cukup sekadar emoji hati atau story “soft launch” di Instagram.

Media sosial bukan sekadar tempat berkongsi momen, tapi dah jadi gelanggang utama untuk flirt, hint, dan kadang-kadang, untuk “ghost”.

Tapi adakah cinta digital ni tandanya kita dah makin moden, atau sebenarnya makin jauh dari erti romantik yang sebenar? 

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #genz #podcast #live #romantik  #cinta

Show more...
1 month ago
1 hour 7 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Influencer Mintak Makan Free? S3/EP47

Dalam episod kali ni, geng Borak Kaypoh datang dengan macam-macam cerita panas dan lawak tak kering gusi! 

Bersama kita kalini adalah Farhanmzlan dan Eym.jpeg dari Sterk Production dimana kita berborak tentang  dari kisah belakang tabir sampai ke vibe content yang buat ramai tak kering gusi. Lepas tu, kami share keistimewaan podcast live di 9 Pickle pada 2 November nanti tentang macam mana suasana, crowd, dan moment paling chaos yang korang tak boleh miss!

Dan of course, topik paling viral minggu ni tentang influencer yang mintak makan free kat mamak. Kami ulas habis-habisan… adakah itu content, marketing, atau memang over?

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #sterkproduction  #podcast #live #pickleball #viral 

Show more...
2 months ago
1 hour 14 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Perbezaan Sekolah Dulu dan Sekarang S3/EP46

Dalam episod kali ini, kami borak sakan pasal beza sekolah zaman dulu dengan sekolah sekarang. Dari zaman seluar sekolah warna luntur, cikgu garang bawa rotan, sampai ke zaman budak sekolah bawa iPad dan buat kerja rumah guna AI.

Kalau kau pernah kena berdiri atas kerusi sebab tak siap kerja sekolah, atau pernah ponteng kelas semata-mata nak beli makanan kat luar pagar, episod ni memang untuk kau. Dan kalau kau budak sekolah zaman sekarang, mungkin dah tiba masa kau tahu kenapa generasi dulu selalu cakap “kami dulu lagi susah!”

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #sekolah #malaysia #mrsm  #genz #geny 

Show more...
2 months ago
1 hour 3 minutes

BORAK KAYPOH S3!
20 Tahun Samsons dan Peminat Fanatik S3/EP 45

Dalam episod istimewa ini, kami bersama band legenda dari Indonesia, SAMSONS! 

Bersama mereka, kita throwback ke zaman kegemilangan awal Samsons, dengar kisah-kisah menarik dan happy bersama peminat, serta apa yang membuat mereka terus relevan dalam industri muzik hingga hari ini. Tak lupa juga, kami kupas persiapan dan keterujaan mereka menjelang konsert eksklusif di Malaysia pada 9 November ini! 

Jangan lepaskan peluang untuk dengar cerita di sebalik lagu-lagu yang pernah mengisi jiwa ramai, hanya di Borak Kaypoh.

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #indonesia #malaysia #music #samsons #galau

Show more...
2 months ago
55 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Danish Ajar Buat Cookies! S3/EP 44

Dalam episod kali ini, Borak Kaypoh menampilkan seorang tetamu istimewa yang tak asing lagi dalam dunia kulinari iaitu Danish Harraz. Dari seorang chef muda yang viral sejak kecil, kini Danish terus melangkah jauh dengan pelbagai pencapaian dan pengalaman menarik.

Kita borak pasal perjalanan hidup dia, cabaran jadi figura awam pada usia muda, dunia masakan yang penuh tekanan, dan macam mana dia kekal relevan dan terus berkembang. Tapi untuk episod kali ini bukan berborak sahaja kita ada segmen khas bersama Danish Harraz, Nantikan!

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #pastry #malaysia #cookies #baking

Show more...
2 months ago
1 hour

BORAK KAYPOH S3!
Fenomena KRU Sampai Peminat Ceroboh Rumah! S3/EP 43

Dalam episod kali ni, kita bersama dengan salah seorang otai industri hiburan tanah air, Dato' Norman Abdul Halim, anggota KRU yang juga mastermind di sebalik transformasi muzik Malaysia dari era rap Melayu sampai ke genre futuristik yang gempak habis.

Macam mana tiga beradik ni boleh meletup dengan gaya pelik tapi power? Apa cabaran sebenar waktu nak bawak muzik ala barat ke telinga orang Malaysia masa tu?

Kita korek cerita dari zaman mereka rakam lagu dalam bilik stor, sampai jadi penerbit filem blockbuster. 

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #KRU #filem #filemmalaysia #rap 

Show more...
2 months ago
1 hour 23 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Dari Filem ke Muzik, Liyana Jasmay Terus Berkarya S3/EP 42

Borak kaypoh kali ini bersama Liyana Jasmay dimana beliau borak tanpa tapis! Dari gosip panas sampai ke kisah inspirasi Liyana dari filem dan lagu pertamanya, kawan lama, orang hebat, dan tentang dirinya sendiri.

Siapa je tak crush dengan Liyana Jasmay zaman Kami The Movie kan? dengar cerita dia baru release lagu baru! jom layan

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #liyanajasmay #filem  #filemmalaysia 

Show more...
3 months ago
1 hour 21 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Host Pun Ada Cerita dan Jadi Manusia Yang Baik S3/EP 41

Dalam episod kali ini bersama Adan, Uwaiz, Haziq, dan Nizam sembang santai pasal topik yang semua orang boleh relate macam mana nak jadi manusia yang baik. Dari kisah hidup harian, pengalaman sendiri, sampai ke pandangan masing-masing tentang apa maksud kebaikan sebenar. Kadang-kadang serius, kadang-kadang kelakar, tapi yang penting penuh dengan vibe sahabat lepak kedai mamak sambil korek-korek cerita.

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #life #manusia

Show more...
3 months ago
1 hour 7 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Rompak Rumah Hantu Berisi RM 10 Juta?! S3/EP40

Episod kali ni memang lain macam. Kita lepak dan borak dengan barisan pelakon filem Para X Normal iaitu Azhan Rani, Joey Daud, Epy Kodiang dan Amir Nafis yang datang bawak cerita seram dan kelakar dari set penggambaran. Filem ni bukan sekadar seram biasa, tapi dicampurkan dengan komedi dan plot gila.

Kalau nak tahu betul ke ada kejadian mistik berlaku masa penggambaran, atau siapa yang paling banyak gelak bila kamera rolling, inilah episod yang wajib kau layan. Sembang santai tapi penuh isi.

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#BorakKaypoh #PodcastMalaysia #ParaXNormal #PodcastMalaysia #AzhanRani #JoeyDaud #EpyKodiang #AmirNafis

Show more...
4 months ago
53 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Kisah Polis Menahan Pengedar Dadah! S3/EP 39

Dalam episod kali ni, kita borak dengan Akmal Azali,seorang anggota polis yang pernah bertugas di kawasan sempadan, tempat yang sunyi, mencabar dan kadang-kadang penuh kejutan. Sekarang dia dah berpindah ke bandar, dan kehidupan dia berubah 180 darjah. Daripada jaga laluan tikus dalam hutan, ke jaga jalan raya yang penuh dengan hon dan trafik.

Akmal kongsi macam mana kehidupan di pos sempadan sebenarnya, apa cabaran paling gila dia pernah hadap, beza kerja kat hutan dengan kat bandar, dan macam mana dia sesuaikan diri dengan dunia baru yang serba sibuk. Banyak juga cerita menarik yang kita tak sangka polis lalui, terutama yang pernah duduk jauh dari orang ramai.

Show more...
4 months ago
1 hour 5 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Kasut Fung Keong Legasi Jalanan Malaysia S3/EP 38

Dalam episod kali ini, kami berborak sikit dengan satu jenama yang cukup nostalgik iaitu FungKeong, brand kasut yang dah lama bertapak di Malaysia dan pernah jadi pilihan utama budak sekolah, pekerja kilang, dan bahkan mat-mat motor!

 Dari zaman 60-an hingga sekarang, FungKeong bukan sekadar kasut ia simbol generasi, budaya kerja keras, dan gaya hidup rakyat marhaen. Kita kupas sejarah jenama ini, kenapa ia sangat popular satu masa dulu, dan kenapa orang masih bercakap pasal dia walaupun zaman dah berubah.

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #fungkeong #sneakers #taguwaruwa #fashion 

Show more...
4 months ago
1 hour 13 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Kau Buat Kopi Aku Buat Budaya! S3/EP 37

Dalam episod kali ni, Borak Kaypoh lepak bersama Mey Kamal, founder Kopi & Studio, sebuah ruang santai yang menggabungkan kopi dan kreativiti, serta Maros Azwan, pemilik jenama fesyen lokal brand Taguwaruwa yang bold dan ada keunikkan sendiri.

Kami sembang tentang macam mana dua brand ni bermula, kenapa mereka pilih jalan yang bukan biasa-biasa, dan realiti dunia kopi serta fesyen lokal hari ni. 

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #coffee #fashion #taguwaruwa #kopi&studio

Show more...
4 months ago
1 hour 6 minutes

BORAK KAYPOH S3!
First Time Jadi Parents dan Cerita Fira Di Korea! S3/EP 36

Dalam episod kali ni, kami borak tentang Fatin yang menceritakan pengalaman first time jadi mak, dari berjaga malam sampai belajar decode tangisan baby. Sementara tu, Fira pula tengah feeling-feeling musim baru di Korea  dengan drama cuaca pelik, makanan yang susah nak move on, dan kejutan budaya yang tak masuk akal.

Kalau korang tengah struggle jadi parents baru, rindu travel, atau suka dengar orang membawang hal hidup — ni memang episod untuk korang! 
Jangan lupa tekan play, ketawa sekali, dan share kat geng!

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #parenting  #travel #korea

Show more...
5 months ago
1 hour 5 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Dari Catering Produksi Ke Hero Malaya S3/EP 35

Borak Kaypoh dengan Farid Kamil kali ini memang lain macam. Dalam episod penuh gelak, jujur dan throwback ni, Farid akhirnya buka mulut tentang perjalanan hidupnya yang penuh warna. Dari zaman Remp-It yang buat dia jadi ikon jalanan. 

Dalam episode kali ini kita sembang tentang seni, tentang macam mana mulanya karier lakonannya, dan juga impian dia terhadap masa depan industri filem tempatan.  

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #faridkamil  #filem  #filemmalaysia

Show more...
5 months ago
1 hour 44 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Animasi No 1 Malaysia dan Cerita Disebalik Ejen Ali - S3/EP 34

Dalam episod kali ini membawakan tetamu istimewa iaitu WAU Animation sebuah pasukan produksi di sebalik animasi popular Ejen Ali. Sempena pelancaran filem Ejen Ali 2, kami menyelami kisah di sebalik tabir bagaimana animasi ini dihasilkan dari cabaran kreatif dan teknikal, hingga ke strategi promosi dan perkembangan dunia Ejen Ali yang semakin matang. Dengar sendiri cerita eksklusif daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam pembikinan sekuel ini, serta harapan mereka untuk industri animasi tempatan. Ini bukan sekadar animasi, ini adalah nadi kreativiti anak tempatan yang mengangkat nama Malaysia ke pentas global. 

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #ejenali #animasimalaysia  #wauanimation

Show more...
5 months ago
1 hour 12 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Sejarah & Legasi Keluangman! - S3/EP 33

Dalam episod kali ini menampilkan tetamu istimewa dari Kelab Keluang Man dan penyanyi asal lagu tema ikonik Keluang Man. Kami mengimbau semula kenangan zaman animasi tempatan yang penuh nostalgia, menyelami kisah di sebalik tercetusnya fenomena Keluang Man, serta bagaimana lagu temanya menjadi simbol era kegemilangan TV tempatan. Sembang santai ini sarat dengan memori, semangat peminat sejati, dan penghargaan kepada karya tempatan yang kekal di hati rakyat Malaysia. 

Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.

#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #keluangman #animasimalaysia #kelabkeluangman

Show more...
5 months ago
1 hour 12 minutes

BORAK KAYPOH S3!
Podcast yang berkonsep lepak dan santai membincangkan topik serta isu semasa dan yang viral bersama tetamu jemputan yang berbeza setiap episod.