Dengarkan perbincangan episod ke-43 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Peguam, Rafique Rashid sebagai hos interim serta tetamu Albert Tei, usahawan berusia 37 tahun, meneruskan kisah pendedahan episod sebelumnya.
Dalam episod ini, Albert mengulas harga yang perlu dibayar selepas pendedahan dibuat. Daripada tekanan berterusan, dakwaan layanan dua darjat dalam siasatan sehinggalah kesan langsung terhadap keselamatan dan kesejahteraan keluarganya.
Perbincangan ini membawa perbualan ke tahap seterusnya: apabila seseorang memilih untuk melawan sistem, sejauh mana masyarakat bersedia berdiri bersama dan apakah harga yang sanggup dibayar demi kebenaran?
#Khabarnya #KhabarnyaEP43
#AlbertTei #PolitikMalaysia #EksposRasuah #RasuahSabah #SPRM #Whistleblower #Penguatkuasaan #Reformasi
Dengarkan perbincangan episod ke-42 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Peguam Malaysia, Rafique Rashid sebagai hos interim serta tetamu Albert Tei, usahawan berusia 37 tahun yang tampil mendedahkan isu rasuah dan kelemahan penguatkuasaan di Sabah.Beliau berkongsi bagaimana dirinya, yang tampil sebagai pengadu dalam isu pelombongan, akhirnya diperlakukan sebagai suspek — daripada dakwaan dipaksa memberi rasuah, penolakan laporan oleh SPRM, sehinggalah serbuan bersenjata ke atas rumahnya ketika ahli keluarga berada di dalam.Pendedahan ini membuka persoalan lebih besar tentang keberkesanan undang-undang anti-rasuah di Malaysia: adakah masalah sebenar terletak pada akta, atau pada penguatkuasaan yang memilih siapa untuk didakwa dan siapa untuk dilindungi?
Dengarkan perbincangan episode ke-41 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Arnaz M. Khairul, wartawan sukan veteran dengan lebih 20 tahun pengalaman, membincangkan isu hangat dunia sukan negara.
Beliau mengupas isu polisi “Tiada Sasaran Pingat”, data & trend prestasi atlet Malaysia, FAM, FIFA, kontroversi pemain naturalisasi dan banyak lagi.
Dengarkan perbincangan episod ke-40 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu P. Waytha Moorthy, bekas Menteri Perpaduan yang membincangkan aspek perundangan dan kenegaraan di sebalik perjanjian timbal balas Malaysia–Amerika. Beliau menjelaskan bagaimana proses perjanjian ini sepatutnya melalui empat peringkat perlembagaan, mengapa tandatangan eksekutif tanpa melibatkan kerajaan negeri boleh dianggap sebagai tindakan yang membolot kuasa persekutuan, serta implikasinya terhadap kedaulatan ekonomi, keselamatan negara dan hak negeri.#KhabarnyaEP40#WaythaMoorthy#PolitikMalaysia#PerjanjianAmerika#KedaulatanNegara#KuasaNegeri#PerlembagaanMalaysia#EkonomiMalaysia#HalalMalaysia#RegulatoryDeal#MalaysiaUSDeal#PenjajahanAlaBaharu
Dengarkan perbincangan mendalam dalam episod ke-39 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu jemputan Prof. Madya Dr. Asyaari Muhamad, Pengarah ATMA, UKM. Episod ini membongkar dunia arkeologi maritim di tanah air dan apa yang membezakan kajian laut daripada arkeologi darat.
Penemuan kapal bersejarah di Melaka baru-baru ini membuka ruang perdebatan baru, adakah ini bukti kukuh bahawa Kesultanan Melayu Melaka benar-benar sebuah empayar maritim terunggul?
Atau adakah ia akan merombak semula naratif sejarah yang kita kenali selama ini?
Sertai kami dalam perbincangan eksklusif ini, penuh fakta, analisis mendalam, dan kemungkinan baharu yang bakal mengubah pemahaman kita tentang tamadun Melayu.
#Khabarnya #KhabarnyaEP39 #Melaka #SejarahMelaka #KesultananMelayuMelaka #ArkeologiMaritim #ATMA #UKM #SejarahMelayu #TamadunMelayu #PenemuanKapalMelaka #KapalMelaka #ArkeologiMalaysia #MaritimeArchaeology #HistoryDiscussion #DocumentaryMalaysia #MelakaHistory #EmpayarMelayu #SejarahNusantara #MalaysiaHeritage #MalayCivilization #Nusantara #Sejarah #PodcastMalaysia #DiskusiSejarah #KapalPurba #WarisanMelayu #SejarahKapal #Arkeologi
Sambungan EP37, kali ini Isham Jalil membongkar realiti suram yang menanti masa depan Malaysia.Perjanjian Amerika tidak membawa untung, malah menggadaikan kedaulatan dan hubungan dengan China. Dari Boeing & RTD hingga isu geopolitik Taiwan, rantaian cip, dan keselamatan tenaga, setiap langkah Malaysia diperhatikan dunia, dan tekanan ekonomi serta politik semakin nyata.Dengar. Fikir. Nilai.#KhabarnyaEP38 #IshamJalil #PolitikMalaysia #SerahTengkuk #MalaysiaUSDeal #KedaulatanEkonomi #GeopolitikAsia #BoeingDeal #RDA #DolarVsDinasti
Dengarkan perbincangan episod ke-37 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Isham Jalil, pengulas politik dan bekas Ketua Penerangan UMNO.
Mereka membincangkan dinamika PRN Sabah dan topik terhangat.
Kita mula berlutut kepada Amerika dengan menandatangani perjanjian ART (rujuk Artikel 5.1, 7.4 & 3.3)? Adakah kedaulatan negara mula tergadai kerana seorang senator? Apakah kita benar-benar ‘menjual’ kedaulatan ekonomi demi pengurangan tarif 19%
Dengarkan. Fikir. Nilai.
#KhabarnyaEP37
#IshamJalil
#PolitikMalaysia
#USPolitics
#PRNSabah
#PilihanRaya
#Pembangkang
#SabahVotes
#PerjanjianAmerika
#TradeDealMalaysia
#MalaysiaUSDeal
#EkonomiMalaysia
#SovereigntyMalaysia
#TariffMalaysia
Dengarkan perbincangan episod ke-36 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Jocelyn Urus, kembali bersuara tentang apa yang berlaku di Sabah.
Mereka membincangkan perkembangan inquest kes adik Zara, suara rakyat menjelang PRN Sabah, dan harapan agar keadilan serta pembangunan benar-benar sampai ke rakyat.
#KhabarnyaEP36 #JocelynUrus #JusticeForZara #Sabah #Borneo #PRNSabah #UndiSabah #SabahElection #SuaraAnakSabah #SabahSabah #PolitikMalaysia
Dengarkan perbincangan episod ke-35 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan host interim, Ahmed Thaqif serta tetamu Rizal Hashim, penganalisis sukan dan wartawan berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia bola sepak tanah air.
Mereka membincangkan isu pemain naturalisasi dan krisis pemalsuan dokumen FAM, peranan pihak ketiga, serta pengajaran daripada kejatuhan maruah Harimau Malaya di mata dunia.
#KhabarnyaEP35
#RizalHashim
#SukanMalaysia
#FAM
#HarimauMalaya
#RobFriend
#BolaSepakMalaysia
Dengarkan perbincangan episod ke-34 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Prof. Dr. Datuk Teo Kok Seong — intelektual pendidikan yang lantang memperjuangkan isu bahasa, jati diri dan dasar nasional.
Mereka membincangkan integrasi dan asimilasi dalam sistem pendidikan, kekeliruan bahasa dan identiti kebangsaan serta politik kaum dalam konteks Malaysia moden.
#KhabarnyaEP34
#TeoKokSeong
#PolitikMalaysia
#SekolahVernakular
#IntegrasiVsAsimilasi
#IdentitiKaum
#BahasaMelayu
Dalam episod Khabarnya kali ini, bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, kami bawakan YB Hilman Idham, ADUN Gombak Setia yang tidak asing lagi dengan dunia politik tanah air. Dari kisah latar belakang hingga ke perjalanan getir — dipecat dari PKR, serta usaha keluar dari bayangan Azmin Ali.
Mereka membincangkan mengenai kualiti perbahasan dalam dewan negeri, kepentingan pendidikan politik dan pandangan beliau terhadap kerajaan sekarang yang porak-peranda.
#Khabarnya
#HilmanIdham
#GombakSetiaRumahKita
#PolitikMalaysia
#Armada
#IsuSemasa
Dengarkan perbincangan episod ke-32 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Wong Siew Mun, Ketua Pemuda MCA Pahang.
Beliau berkongsi kisah sebagai perintis wanita dalam Pemuda MCA, kontroversi isu data rakyat, dan peranan MCA dalam landskap politik semasa.
#KhabarnyaEP32
#WongSiewMun
#PemudaMCA
#PolitikMalaysia
#IsuDataRakyat
#IsuSemasa
Dengarkan perbincangan episod ke-31 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Mereka membincangkan peranan wakil rakyat berbanding perancangan kementerian, keadaan politik pragmatik Sabah, dan tuntutan penghormatan kepada Akta 112C.
Dengarkan episod ke-30 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Jocelyn Lizawati Urus, aktivis sosial dan Timbalan Presiden Parti Suara Anak Sabah.
Episod ini menampilkan pengumuman eksklusif peralihan Jocelyn ke arena politik.
Kami membahas bagaimana dia bermula sebagai aktivis solo sejak 2021, kronologi dan impak kes adik Zara yang tular, serta motivasi menubuhkan dan berkhidmat melalui Parti Suara Anak Sabah.
Dengarkan episod ke-29 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Ainie Haziqah, Setiausaha Agung MUDA dan pengamal undang-undang.
Mereka membincangkan penerusan legasi Syed Saddiq di MUDA, kontroversi rang undang-undang URA dan impaknya ke atas komuniti, serta isu Letter of Demand daripada ‘Mr 47’.
#KhabarnyaEP29
#AinieHaziqah
#MUDA
#URA
#Mr47
#LetterOfDemand
#isusemasa
#PolitikMalaysia
Dengarkan episod ke-28 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Waytha Moorthy. Mereka membincangkan mengenai Perkara 42 Lembaga Persekutuan, kos sara hidup meningkat, dan betapa pentingnya mempertahankan peruntukan perlembagan.
#Khabarnya
#WaythaMoorthy
#Perkara42
#Perlembagaan
#isusemasa
#PolitikMalaysia
Dengarkan episod ke-27 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu YB Dr. Afif Bahardin, ADUN Taman Medan. Mereka membincangkan pencalonan pertama beliau di Seberang Jaya, jurang kadar kemiskinan bandar dan penyebaran strategik warga bandar.
Dengarkan perbincangan episode ke-26 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemubual tetamu jemputan seorang aktivis politik, Encik Badrul Hisham Shaharin (Chegubard).
Mereka menyelami mengapa beliau ditahan selepas mengikuti himpunan Turun Anwar, semangat generasi baru reformasi dan konsep Mahkamah Rakyat di seluruh dunia.
Dengarkan perbincangan episode ke-25 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemubual tetamu kontroversial, Hizatul Isham bin Abdul Jalil atau lebih dikenali dengan nama Isham Jalil.
Mereka menyelami mengenai latar belakang beliau dalam politik, akar umbi UMNO, keadaan ekonomi dan hutang negara.
Adakah suara beliau didengari? Tonton sampai habis untuk ketahui lebih lanjut!
Dengarkan perbincangan episode ke-24 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, menemubual YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin.Mereka menyelami peralihan parti dari UMNO ke Bersatu, kontroversi BlackRock dalam projek MHB, dan keberkesanan PAC sebagai tubuh pendesak politik rakyat.
#KhabarnyaEP24 #MasErmieyati #Bersatu #isusemasa #PolitikMalaysia #PeralihanParti #BlackRockMHB #KuasaKonsensus