Home
Categories
EXPLORE
True Crime
Comedy
Society & Culture
Business
TV & Film
Sports
Health & Fitness
About Us
Contact Us
Copyright
© 2024 PodJoint
00:00 / 00:00
Sign in

or

Don't have an account?
Sign up
Forgot password
https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts211/v4/94/1c/44/941c4486-6033-1657-5790-94b372069705/mza_8068735979236101782.jpg/600x600bb.jpg
Ngopi@Channel 10
Channel 10 Malaysia
11 episodes
1 week ago
Ngopi@Channel 10 merupakan sebuah wadah temubual bersama sosok yang mencorak lanskap politik, sosial, ekonomi, seni dan budaya tanahair. Diterbitkan Rindu Ilmu Media Sdn. Bhd., penonton dan pendengar boleh mendapatkan maklumat terkini, sahih dan berfakta yang diharap dapat meningkatkan lagi kefahaman anda tentang sesuatu isu. Jangan lupa untuk subscribe saluran podcast kami. Channel 10 Malaysia juga boleh di-follow di Facebook, Instagram, X, TikTok dan YouTube. Atau hubungi kami di admin@rinduilmu.com untuk sebarang pertanyaan lanjut. Selamat mendengar.
Show more...
News Commentary
News
RSS
All content for Ngopi@Channel 10 is the property of Channel 10 Malaysia and is served directly from their servers with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
Ngopi@Channel 10 merupakan sebuah wadah temubual bersama sosok yang mencorak lanskap politik, sosial, ekonomi, seni dan budaya tanahair. Diterbitkan Rindu Ilmu Media Sdn. Bhd., penonton dan pendengar boleh mendapatkan maklumat terkini, sahih dan berfakta yang diharap dapat meningkatkan lagi kefahaman anda tentang sesuatu isu. Jangan lupa untuk subscribe saluran podcast kami. Channel 10 Malaysia juga boleh di-follow di Facebook, Instagram, X, TikTok dan YouTube. Atau hubungi kami di admin@rinduilmu.com untuk sebarang pertanyaan lanjut. Selamat mendengar.
Show more...
News Commentary
News
Episodes (11/11)
Ngopi@Channel 10
Lee Zii Jia Tiada Sokongan Kukuh | Ekosistem Pembangunan Badminton Lemah | Feat. Roslin Hashim & Datuk Ahmad Shapawi Ismail

Tradisi keluarga "gila badminton" seperti Allahyarham Haji Sidek sudah tidak ada lagi. Untuk itu, zaman yang melahirkan ramai pemain badminton berkaliber itu harus diganti dengan satu sistem baru. Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi berpendapat sistem pembangunan badminton di sekolah adalah jawapannya.Pandangan panelis itu dipersetujui oleh mantan pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim, yang berharap zaman gemilang badminton negara dapat dikembalikan. Abu Bakar Atan adalah moderator kali ini.

Show more...
7 months ago
50 minutes 7 seconds

Ngopi@Channel 10
Pengurus Bola Perlu Arif Benda Luar Padang | Ujian Pertama Harimau Malaya Wajah Baru | Feat. Datuk Dr. Pekan Ramli

Ilmu amat penting dalam segala hal. Setiap yang dilakukan mesti bersandarkan ilmu. Apatah lagi kalau ingin menjadi pengurus pasukan bolasepak yang berjaya.Inilah yang dinukilkan oleh Datuk Dr Pekan Ramli dalam bukunya bertajuk Asas dan Strategi Menjadi Pengurus Bolasepak. Pekan Ramli, penganalisis sukan, pensyarah UiTM dan mantan wartawan sukan hadir di Channel 10 untuk mengupas persoalan itu sambil mencuit sedikit perihal bolasepak Malaysia masa kini. Beliau diwawancara oleh moderator Abu Bakar Atan.

Show more...
7 months ago
44 minutes 56 seconds

Ngopi@Channel 10
Indeks Persepsi Rasuah Kita Terbantut | Pemberi Maklumat Perlu Lebih Dilindungi | Feat. Dr. Muhammad Mohan

Skor indeks persepsi rasuah di Malaysia adalah pada tangga 57. Bagi Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan kedudukan itu perlu diperbaiki walaupun ia membabitkan banyak aspek yang boleh mempengaruhinya.

Untuk mencapai skor tangga ke-25 boleh tetapi ia adalah cabaran besar dan bergantung pada tatakelola yang baik. katanya. Kes-kes berprofil tinggi di mahkamah juga memberikan impak kepada skor berkenaan.Moderator Eyra Hussain mengajak Dr Muhammad Mohan mengupas isu ini secara mendalam sambil mencuit perlindungan pemberi maklumat dan akta yang melindungi mereka.

Show more...
7 months ago
42 minutes 59 seconds

Ngopi@Channel 10
Politik Sudah Stabil, Kini Masa PMX Pacu Negara Ke Pentas Lebih Tinggi | Feat. Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin

Ekonomi semakin baik, begitu juga dengan situasi politik semasa tempatan.

Kini tiba masanya PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim berganding bahu dengan segenap lapisan masyarakat untuk membawa Malaysia ke pentas lebih tinggi.

Itu pendapat Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, seperti yang dilontarkannya di dalam episod Ngopi kali ini.

Show more...
8 months ago
24 minutes 6 seconds

Ngopi@Channel 10
Dari Padang Ke Kerusi Empuk FAM, Deadly Duo Mahu Jadikan Harimau Malaya Nombor 1 Asia | Feat. Dollah Salleh & Zainal Abidin Hassan

Tumpu jadi pasukan nombor satu di Asia Tenggara. Itulah nasihat Tunku Mahkota Johor kepada pimpinan baru FAM ketika mereka mengadakan kunjung hormat di Johor Bahru baru-baru ini.Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan yang hadir dalam kunjungan hormat itu menyifatkan idea TMJ itu sangat bernas."Tak perlu drastik. Kemajuan bolasepak kita mesti dilakukan secara berperingkat. Step by step," kata keduanya kepada moderator Channel 10 Abu Bakar Atan.

Show more...
8 months ago
43 minutes 18 seconds

Ngopi@Channel 10
Dari Pelarian Palestin, Kini Warganegara Malaysia | Saya "King of Lamb Shank" | Feat. Chef Ammar Al-Ali

Dari Nablus, Palestin, dia memulakan langkah untuk mencari penghidupan baru yang lebih baik. Destinasinya Brunei Darusalam. Tujuannya untuk melanjutkan pelajaran.

Malangnya, dengan penguasaan bahasa Inggeris yang terhad kepada “Good Morning” sahaja, Chef Ammar terkandas di Kuala Lumpur. Dari situlah bermulanya warna-warni kehidupan beliau.

Ikuti perjalanan hidup menarik Chef Ammar seperti yang diceritakan kepada moderator Channel 10, Ady Faizal Adlin.

Show more...
8 months ago
46 minutes 21 seconds

Ngopi@Channel 10
Dari Padang Kilat Ke Pentas Dunia, TNB Sinari Hoki Negara | Feat. Datuk Seri Subahan Kamal

Hoki dan TNB itu sinonim. TNB sudah membina satu ekosistem yang lengkap dan bersepadu. Ia tidak sahaja terhad kepada penajaan kejohanan tetapi merangkumi pembangunan bakat di peringkat akar umbi, penyediaan infrastruktur dan kemudahan sukan. Ini memastikan kesinambungan generasi pemain hoki Malaysia yang berbakat. Dengarkan episod ini yang dihoskan Abu Bakar Atan bersama panelis, Presiden Kesatuan Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal.

Show more...
8 months ago
47 minutes

Ngopi@Channel 10
BAM Bantu Semua Pemain Badminton, Tidak Kira Siapa, Termasuk Lee Zii Jia | Feat. Datuk Kenny Goh

Impian menggapai pingat emas acara badminton di Sukan Olimpik Los Angeles menjadi matlamat utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Disebabkan hasrat itulah BAM mengambil jurulatih-jurulatih terbaik dunia manakala jurulatih-jurulatih dan pemain ada KPI untuk dicapai.Demikianlah seriusnya BAM dalam mengejar emas yang begitu sukar diperolehi itu, kata Setiausaha Agungnya,Datuk Kenny Goh kepada moderator Channel 10, Abu Bakar Atan.

Show more...
9 months ago
41 minutes 1 second

Ngopi@Channel 10
TNB Mahu Terus Perkasa Agenda Bumiputera | Feat. Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan

Tenaga Nasional Berhad, TNB bukan sahaja bertanggungjawab mentadbir urus pembekalan tenaga elektrik kepada masyarakat di seluruh negara, malah turut berperanan memacu pertumbuhan ekonomi negara serta membantu syarikat-syarikat bumiputera meneroka bidang penjanaan tenaga di Malaysia dan peringkat global.


Ikuti temubual Channel 10 bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan dalam episod Ngopi kali ini.

Show more...
9 months ago
21 minutes 19 seconds

Ngopi@Channel 10
Rakyat Makin Menerima Pentadbiran Anwar Ibrahim | Kerajaan Perpaduan Sedia Hadapi Cabaran | Feat. Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin

Lebih daripada 50 peratus rakyat berpuas hati dan menerima kepemimpinan kerajaan sekarang walaupun pelbagai cara dilakukan pembangkang untuk merencatkannya.


Memang pada mulanya kerajaan madani bergelora kerana ia warisan kepemimpinan dulu. Namun ia sudah berkurang, cuma masih ada kocakan kecil.


Ikuti perbualan menarik Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar dengan hos Channel 10, Adlin Murtadza Zabri.

Show more...
9 months ago
43 minutes 18 seconds

Ngopi@Channel 10
Pasukan Boling Negara Juara Dunia | Bersama Sejak Kecil Buahkan Hasil | Feat. Tun Hakim Tun Hasnul Azam

Barisan atlet boling negara terus 'mendonia' apabila kini giliran pemain lelaki merangkul emas dalam acara berpasukan di Kejohanan Boling Piala Dunia Persatuan Boling Antarabangsa (IBF).Ia adalah emas kedua negara di kejohanan berlangsung di Kowloon, Hong Kong itu selepas atlet boling wanita negara, Natasha Roslan sebelum ini meraih emas dalam acara perseorangan.


Pasukan yang dibarisi Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Muhammad Rafiq Ismail dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam itu melakar sejarah menjadi pasukan lelaki pertama negara memenangi acara berpasukan sejak Kejohanan Piala Dunia mempertandingkan kategori berpasukan bermula 2022.


Channel 10 membawakan Tun Hakim ke studio kami bagi berkongsi perasaannya terkait kemenangan bersejarah itu.

Show more...
9 months ago
18 minutes 48 seconds

Ngopi@Channel 10
Ngopi@Channel 10 merupakan sebuah wadah temubual bersama sosok yang mencorak lanskap politik, sosial, ekonomi, seni dan budaya tanahair. Diterbitkan Rindu Ilmu Media Sdn. Bhd., penonton dan pendengar boleh mendapatkan maklumat terkini, sahih dan berfakta yang diharap dapat meningkatkan lagi kefahaman anda tentang sesuatu isu. Jangan lupa untuk subscribe saluran podcast kami. Channel 10 Malaysia juga boleh di-follow di Facebook, Instagram, X, TikTok dan YouTube. Atau hubungi kami di admin@rinduilmu.com untuk sebarang pertanyaan lanjut. Selamat mendengar.