Dulu rasa paling cool.
Sekarang tengok gambar lama… eh apa aku pakai ni?
Dalam episod kali ni, kami borak pasal style kami sepanjang bertahun-tahun — dari fasa ikut trend, fasa nak nampak “lain sikit”, sampai fasa yang paling penting: selesa dan yakin dengan diri sendiri. Kita sembang pasal confidence, umur, duit, influence sekeliling, and how personal style berubah bila hidup pun berubah.
Tak semua style lama memalukan.
Some of it was just part of growing up.
Kalau kau pernah scroll gambar lama and terus tutup phone sebab malu sendiri,
this episode is for you.
🎧 Available now on Spotify & Apple Podcasts
2025 ni bukan tentang menang besar.
Kadang-kadang, bangun pagi pun dah kira satu win.
Dalam episod penutup tahun ni, kami borak pasal surviving 2025 — satu hari demi satu hari. Bersama Che Az, kami sembang pasal realiti hidup, penat yang orang tak nampak, expectations yang tak tercapai, and why celebrating small wins actually matters.
Ada hari kita rasa okay.
Ada hari kita rasa lost.
But if you’re still here, still trying, that already counts.
Episod ni untuk sesiapa yang rasa,
“Aku tak ke mana-mana… tapi aku tak give up.”
🎧 Available now on Spotify & Apple Podcasts
Orang selalu cakap,
“Wah, kau ni living the dream.”
Tapi betul ke hidup tu semudah dan secantik yang orang nampak?
Dalam episod kali ni, kami borak bersama Hanis Hamdan dari Gerhana Skacinta tentang perjalanan hidup dia — dari zaman muda, masuk band, buat muzik, sampailah ke kehidupan dia sekarang. Kita sembang pasal passion, realiti kerja, penat, commitment, and how life still goes on walaupun kau buat benda yang kau cinta.
Living the dream doesn’t mean hidup berhenti.
Bills still datang, routine still jalan, and some days you still rasa lost.
Episod ni bukan pasal glamor atau success story semata-mata.
It’s about what happens behind the scenes bila mimpi tu dah jadi sebahagian daripada hidup kau.
Kalau kau pernah rasa, “Aku kejar mimpi, tapi hidup tetap kena jalan,”
this one’s for you.
🎧 Available now on Spotify & Apple Podcasts
Dua tahun lepas, kami start dengan satu idea kecil.
Tak sangka hari ni kami masih di sini, masih bercakap, masih kongsi cerita.
Episod ulang tahun kedua Maap Cakap ni kami throwback episod kegemaran, sembang kenangan lama, dan main Would You Rather dengan Munah.
Ringan, jujur, dan penuh gelak yang tak dirancang.
Terima kasih sebab masih dengar.
Kalau korang baru jumpa kami, selamat datang.
Kalau korang dah join dari episod awal, this one’s for you.
What do you do when your life suddenly jadi buffering? Bila kita lost, overwhelmed, or stuck - tapi still kene glow up mentally.
Kadang kene hilang dulu baru jumpa vibe sebenar.
Episode kali ini kita mengupas tentang perlukah kita hilang diri kita dulu, baru kita boleh menjumpai diri kita yang sebenar? Join us while we unpack the chaos, the identity crisis, and the "apa aku buat dengan hidup aku ni?" moments.
Santai, jujur, dan penh reality check.. but in a good way.
Jom dengar.
Sumpahan para overthinker? Bila minda tak berhenti bekerja walaupun badan dah penat. Dari situasi kecil jadi besar, dari andaian jadi keresahan. Dalam episod ini, kami sembang tenang sebab-sebab kenapa kita overthinking, side effects dia, and how to overcome bila fikiran mula lari terlalu jauh.
Jom dengar celoteh masing-masing.
Santai, jujur dan penuh oh-patutlah moments.
We all are guilty of it. Kita semua ada berpuluh-puluh group chat dalam phone kita. Office punya group chat for work ada 20, setiap event ada group chat. Lepas tu among colleagues pun ada juga group chat lepas tu dengan family dengan kekawan.
Kekadang tu, 3 group dengan orang yang sama sebab apa? Sebab kekonon tak nak mix conversation, hujung-hujung sembang merapu jugak.
So korang ada berapa banyak group chat? Ce spill sikit
Daripada tolong isikan minyak motor/kereta to “lah hidup lagi kau…” or even lepak sampai pukul 2 pagi walaupun penat these are some of love language that we experience tapi Malaysian Style.
Alin, Munah dan Que berkongsi cerita-cerita love language but Malaysian Style.
So apa love language story korang?
Share la sikit!
Ada masa kita berubah — bukan sebab kita nak lari, tapi sebab kita membesar. Dalam episod kali ini, kami sembang tentang glow-up yang awkward — fasa bila kita mula letak boundaries, tukar vibe, dan tak semua orang boleh terima versi baru kita. Jom dengar kisah masing-masing: awkwardness, growth, dan awkward lagi.✨ Sebab kadang-kadang… berubah tu bukan untuk orang lain — tapi untuk diri sendiri.
Bila nak kawin?”Soalan yang selalu orang tanya — especially bila umur dah masuk ‘angka tertentu’.
Dalam episod ni, kami sembang pasal hidup ikut timeline sendiri, pressure masyarakat, and the guilt that sometimes comes with not following the ‘norm’.
From marriage, career to personal growth — siapa kata semua orang kena ikut satu jalan je?
Dengarkan pengalaman, pandangan dan keluhan kami (seperti biasa) dalam episod penuh rasa… tapi still light and fun ✨
🎧 Available on Spotify & Apple Podcasts!
“Kenapa aku je yang kena dengar masalah semua orang?”
Dalam episod kali ni, kami sembang pasal si kawan therapist — the friend yang selalu jadi tempat meluah.
Kita borak pasal emotional burnout, rasa tanggungjawab nak tolong semua orang, and the guilt bila nak letak boundary.
Kalau kau selalu dengar ayat “Eh boleh call kejap?” tengah malam, this one’s for you.
🎧 Dengarkan Nasib Si Kawan Therapist — sekarang di Spotify.
Mak ayah kita memang nak yang terbaik — tapi bila pula masa yang sesuai untuk kita berdikari? Dalam episod kali ni, kami bincang tentang beza antara bergantung pada keluarga dan belajar berdiri atas kaki sendiri. Dari bab kewangan, keputusan hidup, sampai hal pindah rumah, semua kami sembang! Pernah tak rasa serba salah bila nak buat keputusan sendiri? Jom dengar.
Trends datang dan pergi… Tapi ada yang betul-betul jadi minat jangka panjang.
Dalam episod kali ni, kami sembang pasal segala jenis hobi dan aktiviti yang tengah ‘hot’ sekarang — dari pickleball ke Frisbee, cycling, running dan macam-macam lagilah.
Trend je ke ni? Atau memang hobi yang akan kekal?
🎧 Dengar sampai habis. Jangan lupa follow & share!
💬 Korang ada trend/hobi yang dulu gila buat tapi sekarang dah tinggal? Cer komen!
Sempena Hari Malaysia, kami borak tentang benda-benda yang buat Malaysia ni Malaysia—daripada negeri favourite, makanan, perangai rakyat, sampai ke impian nak pencen kat mana.
Sembang santai je, tapi kadang-kadang patriotic jugak. Korang rasa negeri mana paling underrated dan negeri mana best kalau nak retire?
Dalam episod kali ni, kami borak pasal realiti jadi ‘provider’ dalam hubungan.
Lelaki memang kena tanggung semuanya ke? Perempuan tak boleh jadi breadwinner?
Bila expectations mula datang dari perbandingan — bercuti lah, handbag lah — siapa yang sebenarnya terbeban?
Kami kongsi pengalaman sendiri dan kupas isu ni dari semua sisi.
💸 Dari suami tak mampu beri macam suami kawan…
💼 Sampai ke perempuan yang jadi pencari nafkah utama.
🎙️ Dengarkan #MaapCakap setiap Selasa.
🟢 Spotify | 🍎 Apple Podcasts
EPISOD KALI NI TAK ADA VIDEO!
Dulu kena gelak sebab lembut. Pernah diboikot kawan. Ada yang dibuli staff sekolah sendiri.
Dalam episod kali ni, kami kongsikan pengalaman kami sendiri dibuli — masa sekolah, tempat kerja, dan juga dalam keluarga. Kami kupas kenapa ramai buat tak nampak bila ada orang dibuli, dan apa yang kita boleh buat untuk ubah budaya ni.
Education tu penting, tak kisah la nak jadi apa sekalipun. Tanpa pendidikan, kita macam ada something missing. Tapi, apa beza pendidikan dan straight A? Perlu ke dapat straight A untuk berjaya?
Episod kali ni kita sembang sikit pasal benda ni. So, korang rasa straight A ni penting ke tak?
You asked, we listened. You shared, we read.
Kita bukak season 3 dengan membaca curhat dan kisah benar yang dihantar oleh korang, ada yang kelakar, ada yang pahit, ada yang buat kita terdiam kejap.
Kami bukan penyelesai masalah. Tapi kadang-kadang, dengar orang lain pun cukup untuk rasa “oh, aku tak sorang.”
Kalau kau pernah rasa nak luah tapi tak tahu nak luah kat siapa... this one’s for you
Also, thank you for your support! Kami sangat appreciate kata-kata semangat dari korang!
Kita semua ada saat-saat cringe, awkward, dan memalukan yang kalau boleh… tak nak ingat, tak nak cerita, tak nak ulang!Tapi untuk episod kali ni — kita BUKA AIB sikit.
Dari salah masuk kereta, seluar koyak sampai malu tahap nak pindah negara, kami kongsi momen-momen yang buat kami menyeringai tengah malam teringat balik.
Kalau korang pun ada momen yang masih hantui korang, jom ketawa sama-sama.
Bila kau dah terlalu penat… bukan penat badan.
Tapi penat dalam hati, dalam kepala.
Kadang kau tak tahu nak marah, tak tahu nak nangis. Kau cuma… berserah.
Dalam episod ni, kami sembang pasal keletihan emosi dan mental — bukan nak cari jalan keluar, tapi nak bagi ruang untuk lepaskan semua yang terbuku.
Kalau kau pernah rasa macam semua benda terlalu banyak, terlalu berat… mungkin episod ni boleh temankan kau kejap.