Lebih intim. Hampir sejam, #PodcastWritersDaily kali ini menampilkan Faliq Mohd dan Eff Hakim dari band Pastel Lite yang baru-baru ini telah membuka tempahan bagi tiga kaset bagi ketiga-tiga album mereka sejak 2012. Selain berbual-bual tentang transisi dan evolusi ketiga-tiga album berkenaan, kami juga menggali dengan lebih mendalam tentang mereka, bahkan lebih mesra berbanding dua siri BERAMAS MESRA bersama-sama mereka sebelum ini.
Dah lama dah. George Floyd bukan penindasan terhadap warga kulit hitam pertama. #BlackLivesMatter memberi mesej kepada penduduk dunia tentangnya. Bersama Hadri Shah, kami bermain-main dengan api rasisme yang takkan pernah padam. Di Malaysia, timbul pula #MigranJugaManusia. Benarkah Melayu juga tertindas di tanah tumpah darahnya sendiri? #MelayuLivesMatter.
Kenapa Ejen Ali tak nak jual Coway? Untung berlipat kali ganda, bonus setiap bulan bagi ejen aktif. Kenapa beria-ria nak selamatkan Cyberaya? Macam biasa, Mirza Danish dan Shakyla akan bersama-sama dua rakan kroni, Ikmal Alif dan Syuhada Hamzah. Bersembang-sembang tentang animasi tempatan dan pengalaman tonton kartun seawal setahun jagung. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Cewah.
Media sosial gempar baru-baru ini. Berlaku kes seorang Tokoh Membaca Daerah Hulu Selangor 2020 cedera parah akibat ditimpa rak bukunya sendiri. Netizen juga dikejutkan dengan episod penutupan cawangan kedai-kedai buku MPH, lewat penularan ciapan seorang anak muda yang acah-tahu-semua-benda di Twitter. Diteraju oleh Shakyla Ahmad dan Mirza Danish, menampilkan kroni Khair Zawawi dan Syuhada Hamzah.
Podcast kali ini menampilkan Larseni, sebuah band rock n roll yang terdiri daripada Acap, Haziq, G dan Ali. Berkongsi tentang pengalaman mereka ketika proses menubuhkan band selain hal-hal berkaitan hidup yang lain. Diteraju oleh Shakyla Ahmad dan Mirza Danish, juga disertai oleh Khair Zawawi dan Syuhada Hamzah, dalam satu sesi live di aplikasi ZOOM.
Covid-19 hit us really hard. Ini apa yang kami rasa. ••• Subscribe Ikmalif Music https://www.youtube.com/channel/UCaom8weWAwyK7Xrj5nUDwdQ ••• Solidariti Rumah Api https://t.co/br17WIv53H?amp=1
Keluar lagu dengan label atau buat sendiri? #PodcastWritersDaily kali ini menampilkan Joanna Renisa dan Ijam dari band Joanna & Co. serta, Jipie dari band Pesawat, mengupas tentang royalti, hak cipta dan hak pembikin muzik baik mainstream mahupun indie/underground. Rakaman khas dari Feebay.Co, Publika dibawakan khas kepada anda, para pendengar dan tidak terkecuali yang juga berminat untuk memulakan karier sebagai pemuzik.
Bersama Mirza Danish kali ini merupakan seorang rakan media, Farid. Individu yang bertanggungjawab menguruskan media bernama Kugigran, berbual-bual tentang peranan media indie dalam mengumpul dan menyampaikan maklumat tentang scene itu sendiri. Tidak terhad sekadar melalui platform online seperti Facebook, Instagram dan Twitter, malah menjangkau sehingga penghasilan zine-zine dalam bentuk fizikal, dan masih mendapat sambutan daripada kalangan anak-anak muda pada masa ini.
Sembang santai bersama-sama Herri Hamid dan Hafizan Razali tentang Racun Dunia Tour. Perancangan band Bittersweet menjelajah ke empat buah negeri (Johor, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur). Turut menyediakan kejutan untuk peminat mereka di setiap lokasi. Dapatkan tiket di www.tixorama.com sementara promosi masih berlangsung.
Bersama Johan Zolhaidi (Sosialis Alternatif) mengulas soal gaji minima, jurang ekonomi dan gerakan sosialisme di Malaysia. Lebih serius tetapi lepak, diteraju oleh Mirza Danish dan Shakyla Ahmad.
Kali ini tanpa Shakyla Ahmad sebab semasa sesi rakaman, dia masih sibuk di ofis. Diteraju oleh Mirza Danish (mirzadanishxii), menampilkan teman-teman dari Squad Kepoh; @suhaida_sharin, @farith.matthew dan @nuraffini, dok palatao sembang tentang AJL. Dari baju berdarah Aina Abdul kepada troll Drama Band dan pujian kepada Haqiem Rusli.
Borak-borak bersama Heidi Moru, gadis Keningau yang bersuara lunak. Heidi merupakan Juara Bintang RTM 2018. Singer-songwriter ini menulis lagunya sendiri. Single pertamanya berjudul 'Kata Hati', turut mendapat sentuhan AG Coco.
Diteraju oleh Shakyla Ahmad. Episod Pengenalan, bersembang tentang sebalik kain penubuhan media online Writers Daily.