"Kami dimaklumkan pihak berkuasa di Bengkalis, Indonesia menemui mayat di kawasan perairan mereka pagi tadi. Saya keluarga reda jika itu jasad abang,"
Demikian luah Mohd Hidayat Mesran, 33, adik kepada nelayan Mohd Fadzli, 41 yang dilaporkan masih hilang di perairan Sungai Dulang, Rengit berhampiran Jeti Sungai Tongkang, Rengit sejak Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Mohd Hidayat yang juga nelayan memberitahu, dia menerima panggilan pada jam 9 pagi, Rabu daripada Maritim Malaysia memaklumkan penemuan mayat oleh pihak berkuasa Bengkalis Indonesia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763118/berita/semasa/mayat-ditemui-di-bengkalis-keluarga-harap-itu-jasad-fadzli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #nelayanhilang #penemuanmayatdiBengkalis
Show more...