Home
Categories
EXPLORE
True Crime
History
Society & Culture
Comedy
Business
News
Technology
About Us
Contact Us
Copyright
© 2024 PodJoint
00:00 / 00:00
Sign in

or

Don't have an account?
Sign up
Forgot password
https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts122/v4/c2/53/a5/c253a591-7c6c-ed23-e2a9-7dac8f821b65/mza_15651265153589186714.jpeg/600x600bb.jpg
VOCCAST
Audio+
26 episodes
4 months ago
Pernahkah anda mengikuti VOCCAST? VOCCAST kini masuk musim yang ketiga dan kali ini berkolaborasi dengan Audio+. Banyak kupasan mengenai apa yang berlaku di sekeliling bersama barisan hos yang santai, Ally Iskandar, Aiman, Helmie dan Intan.
Show more...
Society & Culture
News,
Entertainment News
RSS
All content for VOCCAST is the property of Audio+ and is served directly from their servers with no modification, redirects, or rehosting. The podcast is not affiliated with or endorsed by Podjoint in any way.
Pernahkah anda mengikuti VOCCAST? VOCCAST kini masuk musim yang ketiga dan kali ini berkolaborasi dengan Audio+. Banyak kupasan mengenai apa yang berlaku di sekeliling bersama barisan hos yang santai, Ally Iskandar, Aiman, Helmie dan Intan.
Show more...
Society & Culture
News,
Entertainment News
Episodes (20/26)
VOCCAST
EP26 | Dari 4 Angka Ke 6 Angka: Journey Kewangan Azraei Muhamad
Dalam episod kali ini, VOCCAST bersama Azraei Muhamad, penulis buku kewangan “Bangsa Enam Angka”, pengarah di Write & Brave, dan figura di sebalik platform @FinancialGory. Kami sembang pasal duit, kreativiti, dan perjalanan Azraei membina jenama dan komuniti yang percaya bahawa ilmu kewangan tak semestinya membosankan. Azraei berkongsi pengalaman sebenar bagaimana beliau sendiri mencapai simpanan enam angka, serta bagaimana kini lebih 100 orang turut berjaya mencapainya melalui bimbingan dan modul yang dibangunkan olehnya.
Show more...
4 months ago
47 minutes

VOCCAST
EP25 | Usamah Zaid: Perjalanan Dari Misi Mustahak Ke Ejen Ali
Ejen Ali The Movie 2 pecah rekod RM50.7 juta selepas 18 hari tayangan! Dalam Voccast Season 3, kami bersama Usamah Zaid Yasin, pengasas WAU Animation & pencipta Ejen Ali. Dari Misi Mustahak, zaman belajar, hingga jadi CEO animasi no.1 negara.
Show more...
4 months ago
57 minutes

VOCCAST
EP24 | Trick Guna Kad Kredit!
Setahun lepas, kami jemput Aznah Abas, seorang pakar dalam dunia kad kredit, untuk berkongsi ilmu asas buat pengguna baru. Kali ini, beliau kembali! Tapi bukan untuk ulang yang lama. Episod kali ini lebih fokus kepada pengguna kad kredit peringkat amatur yang dah mula swipe sana sini, tapi masih belum betul-betul faham strategi, faedah tersembunyi dan risiko sebenar. Ramai orang anggap kad kredit = hutang. Tapi betul ke tanggapan tu? Pada video ini, Aznah kongsikan tips, do’s & don’ts, serta mindset yang perlu ada supaya kad kredit jadi alat bantu kewangan, bukan punca masalah. Next level knowledge untuk next level pengguna.
Show more...
7 months ago
58 minutes

VOCCAST
EP23 | Hukuman Mati Pembunuh Zulfarhan Jadi Penjara Sahaja? Apa Sudah Jadi!
Dalam VOCCAST yang menyentuh hati ini, kami berpeluang duduk bersama ibu bapa Allahyarham Zulfarhan untuk mendengar kisah mereka tentang kehilangan tragis anak mereka. Mereka berkongsi kenangan indah bersama arwah Zulfarhan, kesedihan mendalam yang mereka alami, dan perjuangan berterusan mereka dalam mencari keadilan. Namun, di sebalik segala usaha, ibu bapa arwah masih merasakan belum mendapat keadilan yang sepatutnya, dan mereka terus berjuang agar kebenaran tertegak. Temu bual ini adalah penghormatan kepada ingatan arwah Zulfarhan dan seruan agar tragedi seperti ini tidak akan berulang. Kepada anda di luar sana yang mungkin sedang melalui fasa dibuli, jangan berdiam diri dan dapatkan keadilan. Suara anda penting, dan anda tidak bersendirian. Jika anda memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan secara tanpa identiti di https://thevocket.com/jadibuddybukanbuli . Kami percaya setiap individu berhak untuk hidup dalam persekitaran yang selamat dan bebas daripada buli. 
Show more...
8 months ago
1 hour 11 minutes

VOCCAST
EP22 | Hukuman Maksimum Buli Siber Hanya RM100? Itu Harganya Kalau Sampai Meragut Nyawa?
Kes buli semakin menjadi-jadi di Malaysia—dari sekolah hingga ke media sosial. Dalam episod podcast kali ini, kami bersama Hafiz Baharuddin, yang lebih dikenali sebagai Abang Lawyer di TikTok, untuk kupas isu ini secara mendalam. Sebagai seorang yang sudah biasa dengan dunia guaman, Abang Lawyer berkongsi pandangannya tentang kes buli yang semakin berleluasa, jenis hukuman yang boleh dikenakan kepada pelaku, serta hak-hak mangsa buli. Kami juga menyentuh kes-kes buli yang menggemparkan Malaysia, termasuk kes cyberbullying yang melibatkan mendiang Esha dan tragedi menimpa arwah Zulfarhan. Adakah undang-undang kita cukup tegas untuk membendung masalah ini? Jom dengar perbincangan penuh dalam podcast ini! Layari laman sesawang dan ceritakan luahan anda sebagai mangsa buli secara anonim di: www.thevocket.com/jadibuddybukanbuli
Show more...
9 months ago
1 hour 29 minutes

VOCCAST
EP21 | Datin Alyah Cerita Kisah Terkena Buatan Orang Ketika One In A Million!
Kali ini, kami berkesempatan untuk berborak dengan penyanyi legenda, Datin Alyah, yang mendedahkan banyak cerita menarik tentang perjalanan hidupnya. Dalam sesi VOCCAST ini, beliau berkongsi pengalaman dan kisah hitam yang pernah mengujinya di One In A Million. Datin Alyah juga membuka cerita mengenai keputusan kontroversialnya untuk keluar daripada kumpulan Fabulous Cat, serta cabaran yang dihadapi selepasnya. Tidak hanya itu, kami juga mendalami hubungan mesra dan penuh kasih antara beliau dan suami tercinta, Tok Ram.
Show more...
9 months ago
48 minutes

VOCCAST
EP20 | Tanda-tanda Anak Kena BULI, Mak Ayah Kena Ambil Tahu Supaya Tidak Terlambat!
Dalam episod kali ini, kami bersama Pakar Psikologi dari Jiwa Damai dan seorang mangsa buli (Muhd Fairuz) untuk membincangkan isu buli yang semakin berleluasa di Malaysia, baik di sekolah mahupun tempat kerja. Buli bukan sahaja memberi kesan fizikal, malah ia juga meninggalkan kesan mendalam kepada kesihatan mental mangsa. Kami akan menyelami jenis-jenis buli, punca utama buli, faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku, dan bagaimana ia memberi impak kepada individu yang terlibat. Selain itu, kita juga akan mengupas langkah-langkah pencegahan serta sokongan yang boleh diberikan kepada mangsa buli untuk membantu mereka pulih dan terus maju. Jangan lupa untuk menonton dan kongsikan supaya kesedaran tentang buli semakin meningkat, dan kita bersama-sama berusaha untuk menghapuskan budaya buli di Malaysia. Kepada anda yang menonton, anda tidak keseorangan.
Show more...
9 months ago
38 minutes

VOCCAST
EP19 | Kisah Dato' Hattan Ditipu Penganjur
Dalam episod kali ini, kami berpeluang untuk berborak santai dengan dua legenda muzik Malaysia, Dato' Hattan dan Hazama. Banyak kisah menarik yang dikongsi, termasuk pengalaman Dato' Hattan yang pernah ditipu oleh penganjur, serta bagaimana Hazama dengan beraninya menghantar mesej kepada M. Nasir untuk meminta lagu. Selain itu, mereka turut mendedahkan perancangan besar mereka untuk Konsert Hitam Manis yang bakal berlangsung tahun depan bersama Black. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan muzik mereka, cabaran yang dihadapi, serta bagaimana mereka terus memberi impak dalam industri muzik tanah air.
Show more...
11 months ago
49 minutes

VOCCAST
EP18 | Melampau! Dah Buat Album, Radio Pula Banned Lagu KRU
Dalam episod VOCCAST kali ini, kami berkesempatan untuk berbual secara eksklusif dengan Datuk Yusry Abdul Halim, salah seorang anggota kumpulan KRU yang terkenal. Baru-baru ini, Datuk Yusry dilantik sebagai juri untuk program TV, Calpis Soda One in a Million. Kami juga berbual tentang pengalaman Datuk Yusry, bagaimana beliau dan adik-beradiknya (Norman dan Edry) mencipta muzik yang memukau selama ini, serta perkembangan terkini kerjaya Datuk Yusry dalam bidang perfileman. #Vocket #VOCCAST #DatukYusryKRU #CalpisSodaOneInAMillion
Show more...
11 months ago
48 minutes

VOCCAST
EP17 | Elak Miskin Pada Hari Tua
Wawancara eksklusif bersama pakar kewangan ternama, Dr. Adam Zubir! Dalam episod kali ini, kami akan membahaskan tentang cara-cara membuat persediaan dalam kewangan sebelum mencapai usia persaraan. Mahu jadi jutawan? Atau setidaknya mempunyai kewangan yang sihat? Jom, dengarkan podcast kami! Beliau akan bongkar semua rahasia kewangan yang selama ini mungkin belum anda tahu. Untuk belajar lebih lagi ilmu kewangan bersama Dr. Adam Zubir, boleh layari laman sesawang https://absorich.com/voccast 
Show more...
12 months ago
1 hour 29 minutes

VOCCAST
EP16 | Nak Kaya, Kena Muflis Dulu!
Dalam episod kali ini, kami berkesempatan berborak bersama Fizo Omar! Daripada seorang pemain bola sepak hingga menjadi nama besar dalam industri seni, Fizo berkongsi perjalanan karier yang bermula daripada program Hero Remaja. Namun, perjalanan karier Fizo tidak sentiasa indah. Pada tahun 2011, beliau berhadapan dengan cabaran besar apabila diisytiharkan bankrap dengan hutang sebanyak 8 juta. Kami sempat membincangkan pengalaman pahitnya ketika menghadapi muflis dan bagaimana beliau bangkit semula. Jangan terlepas perbualan menarik ini untuk mendapatkan motivasi dan inspirasi dari Fizo! Jangan lupa untuk like, subscribe, dan tinggalkan komen!
Show more...
1 year ago
1 hour 15 minutes

VOCCAST
EP15 | Dolla Jelaskan Sebab Sebenar Tak Pergi Wedding Syasya...
Dalam episode podcast kali ini, kami sangat bersemangat dengan kedatangan tetamu istimewa, iaitu Dolla! Bersama Sabronzo, Tabby, dan Angel, kita akan membahas konsert terbaru mereka yang sangat dinantikan, "Re:birth," yang akan berlangsung di Zepp KL pada 3 Ogos ini. Tidak hanya itu, Dolla juga terbuka membicarakan isu-isu hangat yang sedang ramai diperbincangkan, termasuk cerita di balik kenapa Dolla tidak hadir ke perkahwinan Syasya.
Show more...
1 year ago
43 minutes

VOCCAST
EP14 | Selongkar Kisah Silam SonaOne
Dalam episod ini, kami berpeluang menemuramah SonaOne, seorang rapper terkenal dalam industri muzik. Bukan sahaja terkenal, malah lagunya bersama Joe Flizzow pernah memenangi juara di Anugerah Juara Lagu ke-29 dan naib juara di AJL 37. Kami cuba mengupas kisah permulaan perjalanan beliau dalam muzik dan bagaimana beliau mula mengenali Joe Flizzow. Dengar cerita, Joe banyak menolak lagu-lagu SonaOne pada mulanya.
Show more...
1 year ago
48 minutes

VOCCAST
EP13 | Alyph Kongsi Pengalaman Buat Lagu Di Jakarta
Dalam episod terbaru podcast kami, kami berpeluang duduk bersama dengan Alyph, rapper terkenal dari Singapura yang telah menggegar industri muzik tempatan. Kami mengupas kisah di sebalik lagu terbarunya, "Dari Jauh", yang menarik perhatian ramai. Alyph berkongsi pengalaman uniknya dalam proses merekod dan menghasilkan video muzik lagu tersebut di Jakarta. Dengarkan podcast kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman menarik Alyph ini!
Show more...
1 year ago
42 minutes

VOCCAST
EP12 | Nak Beli Rumah, Jadilah Pembeli Bijak Supaya Tidak Merana Kemudian Hari!
Hai semua! Kali ini kita akan berbincang tentang ilmu untuk membeli rumah bersama tetamu kita yang istimewa, Syauqi Atar, seorang agen properti yang berpengalaman. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membuat keputusan untuk membeli sebuah kediaman. Penting untuk menjadi pembeli yang bijak agar tidak mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetamu kita, Syauqi Atar, akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat. Jangan lepaskan peluang ini! Saksikan podcast kami dan jadilah pembeli rumah yang bijak dan berinformasi.
Show more...
1 year ago
1 hour 4 minutes

VOCCAST
EP11 | Cukai Pendapatan (Income Tax) Info Penting E-Filling Yang Terkini Untuk Tahun 2024
VOCCAST kali ini kita akan berborak dan berkongsi tentang topik cukai pendapatan bersama tetamu kita, Azrul Izzaham. Mungkin korang kenali beliau dengan gelaran CEO Of Cukai di TikTok. Kalau nak tahu, kepada sesiapa yang belum pernah mendeklarasi atau membayar cukai, atas inisiatif LHDN anda boleh membuat pengakuan sukarela dan tidak akan dikenakan sebarang penalti kepada anda. Untuk mengetahui maklumat lanjut, mari kita tonton episod VOCCAST ini!
Show more...
1 year ago
48 minutes

VOCCAST
EP10 | Cara SIMPAN DUIT Walaupun GAJI RENDAH
Dalam sudut pandangan kewangan, perancangan gaji juga memainkan peranan yang sangat penting. Tak ramai orang boleh simpan duit gaji setiap bulan, ada yang tak berjaya kawal, seminggu lepas dapat gaji akaun bank dah kering. Dalam podcast ni kitorang kongsikan cara yang paling berkesan untuk simpan duit. Bak kata pepatah 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'! Pada zaman yang penuh cabaran ini, ada yang gaji 5 angka pun tak ada langsung simpanan. Semuanya berbalik kepada disiplin kita sendiri. Ikuti podcast ini untuk dapatkan tips terbaik dari tetamu kita Nafisah Amran, pakar dalam pengurusan gaji.
Show more...
1 year ago
52 minutes

VOCCAST
EP9 | BAHAYA Kad Kredit Yang Ramai Kena Tahu!
Aznah Abas, the credit card enthusiast from TikTok is here! Memang bahaya jika tidak memahami penggunaan kad kredit. Namun, jika anda memiliki pengetahuan yang mencukupi mengenai kad kredit. Ia memberi beberapa kelebihan dalam financial planning berbanding guna wang tunai atau kad debit. Seringkali, masyarakat kita dihantui oleh risiko kad kredit dan bukan kebaikannya. Berminat untuk menjadi mahir dalam menggunakan kad kredit? Mari dengar podcast kami.
Show more...
1 year ago
1 hour 15 minutes

VOCCAST
EP8 | Kaki Bundle Kongsi Tips Selam Barang Jackpot!
Scene bundle semakin mencanak, sampaikan barang-barang bundle pun ada yang harga macam barang mewah. Korang yang susah nak cari barang jackpot semasa menyelam tu, jom kita dengar perkongsian menarik daripada OG bundle yang kami jemput! Tapi memang mahal betul apa yang dorang berjaya collect.
Show more...
2 years ago
57 minutes

VOCCAST
EP7 | Influencer Ignore Awareness Untuk P4lest1ne?
Ada influencer yang tak post isu awareness P4lest1ne sampai kena kecam dan cyberbully. Adakah diorang lebih pentingkan periuk nasi sendiri atau tak ambil peduli tentang isu ini? Jom ikuti Podcast ini dan cuba komen pendapat korang.
Show more...
2 years ago
1 hour 4 minutes

VOCCAST
Pernahkah anda mengikuti VOCCAST? VOCCAST kini masuk musim yang ketiga dan kali ini berkolaborasi dengan Audio+. Banyak kupasan mengenai apa yang berlaku di sekeliling bersama barisan hos yang santai, Ally Iskandar, Aiman, Helmie dan Intan.